Monday 29 December 2014

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=4551
Walaubagaimanapun, semua ibubapa diharap dapat menyelesaikan pembayaran buku dan sebagainya seperti biasa.
Seperkara lagi, buku peraturan sekolah perlu dibeli untuk setiap murid untuk rujukan mereka dari masa ke semasa. Ini kerana setiap kali perhimpunan penerangan tentang peraturan sekolah mengikut topik dan minggu akan dilancar mulai tahun 2015 bagi meningkatkan disiplin murid di sekolah. Secara tidak langsung sahsiah kendiri murid yang positif juga akan terbentuk.
Sekian jutaan terima kasih di atas kerjasama semua.


Monday 8 December 2014

HARI PENDAFTARAN, SUAI KENAL DAN UJIAN DIAGNOSTIK BAGI MURID TAHUN 1, 2015.


Tarikh: 18 Disember 2014 (Khamis)
Masa : 8.30 hingga 10.30 pagi

TENTATIF PROGRAM :

A. MURID TAHUN 1
8.30 pagi : Pendaftaran murid di dalam kelas
8.30 pagi : Pendaftaran kehadiran ibu bapa/penjaga di luar dewan
9.00 pagi : Ujian Diagnostik
10.00 pagi: Taklimat Ringkas Peraturan Sekolah
10.30 pagi: Bersurai

B. SEMUA IBUBAPA
8.30 pagi : Pendaftaran murid di dalam kelas
8.30 pagi : Pendaftaran kehadiran ibu bapa/penjaga di luar dewa
9.00 pagi : Ucapan Alu-Aluan (di dalam dewan) dari :
                    i.  Encik Azman Bin Mokhtar (Guru Besar SK Salak)
                    ii. Tuan Haji Che Abdul Majid Bin Che Omar
                         (YDP PIBG SK Salak)
                   Taklimat ringkas oleh :
                    i. Puan Hajah Alimah Binti Mohd Taib (GPK Pentadbiran)
                    ii. Puan Hajah Aida Binti Abdullah (GPK HEM)
                    iii. Encik Tarmizi Bin Soik (GPK Kokurikulum)

10.00 pagi: Edaran Buku Teks Tahun 1, 2015 kepada ibu bapa/penjaga
10.30 pagi Bersurai

4. Pakaian murid dibenarkan memakai kemeja t putih dan seluar sukan berkasut atau memakai pakaian seragam sekolah serta berkasut sekolah lengkap

5. Bawa bawa alat tulis untuk Ujian Diasgnostik

6. SENARAI SEMAK BORANG MAKLUMAT MURID TAHUN 1

1. 4 keping gambar berukuran passport *
2. Salinan surat beranak
3. Salinan kad pengenalan bapa / penjaga
4. Salinan kad pengenalan ibu / penjaga
5. Salinan sijil nikah ibu bapa
6. Salinan bil elektrik / air
7. Slip gaji bapa *
8. Slip gaji ibu *
9. Perakuan pendapatan

Catatan :
Bahan 2,3,4,5,6 telah diserahkan kepada pihak sekolah semasa proses Pengesahan Penempatan Tahun 1.

Sekiranya ada yang belum membuat pengesahan sila ke pejabat untuk mengambil maklumat yang perlu.

Ibu bapa hanya perlu bawa bahan * 1, * 7, * 8.

7. Sila kembalikan Borang Sistem Maklumat Murid pada yang belum menyerahkannya semasa membuat Pengesahan Penempatan Tahun 1.

Sekian dan harap maklum. Ribuan terima kasih di atas kerjasama dan keprihatinan tuan/puan sekalian.

Sunday 7 December 2014

KEDAI BUKU SEKOLAH


        KEDAI BUKU SK SALAK hanya akan mula beroperasi mulai 22 disember 2014 Isnin hingga Sabtu dan seterusnya tidak sebagaimana yg dimaklumkan sebelum ini bermula 15 disember 2014.

       Ini kerana masalah bekalan buku tulis yangg tidak dapat dibekalkan sebelum 15 disember 2014. Harap maaf kesulitan amat dikesali.

Thursday 4 December 2014

TAWARAN BELAJAR TINGKATAN 1 KERJASAMA KPM DAN YAYASAN SELANGOR 2015


Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2015 bagi Program Rancangan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Yayasan Selangor.

Sila muatturun BORANG PERMOHONAN dari laman web http://www.yayasanselangor.org.my/ atau pemohon datang sendiri ke ibu pejabat Yayasan Selangor di Tingkat 18, Menara Yayasan Selangor, No. 18A, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya, Selangor.

Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada Rabu,10 Disember 2014 ini. Harap ibubapa yang berminat dengan segera memuat permohonan ini. Harap maklum pada GPK HEM SK Salak dan terima kasih.





Wednesday 26 November 2014

Saturday 22 November 2014

Wednesday 19 November 2014

Friday 3 October 2014

DASAR WARGA EMAS NEGARA

SK SALAK telah memberi sumbangan ikhlas kepada beberapa warga emas terpilih di kawasan Kg Giching pada 2 hingga 3 Oktober 2014.

Saturday 27 September 2014

Wednesday 10 September 2014

PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE 018 UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

KENYATAAN AKHBAR LEMBAGA PEPERIKSAAN PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE 018 UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014 Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Science 018 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada tarikh 11 September 2014 jam 8.15 hingga 9.30 pagi telah didapati bocor. Berdasarkan siasatan awal pihak LP, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial. Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang. Sehubungan dengan ini, Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Science 018 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 adalah DITANGGUHKAN. Tarikh baharu bagi peperiksaan Science 018 adalah pada 30 September 2014. Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 10 September 2014 Kenyataan rasmi JPNS: Tuan /puan upp sekalian, Lembaga Peperiksaan telah membuat keputusan bahawa Kertas Sains yang dijadualkan pd 11.9. 2014 (0815-0930) telah DITANGGUHKAN. Tarikh baharu bagi Kertas Sains 018, 028 & 038 adalah pada 30.09.2014. Sila ambil tindakan SEGERA seperti berikut : 1. Maklumkan semua Pusat Peperiksaan 2. Kertas Sains TIDAK PERLU DIEDAR esok pagi kepada Ketua Pengawas 3. SEMUA JOB untuk Kertas SAINS DIHANTAR BALIK ke UPP. 4. kertas Bahasa Inggeris dan Ujian Aptitud BERJALAN SEPERTI DIJADUALKAN. 5. Semua Ketua Pengawas pergi ke pusat seperti biasa untuk memberi penerangan kepada calon yang telah tidak mendapat berita penangguhan Kertas Sains ini. 6. Untuk sekolah-sekolah di pedalaman, sila buat pengumuman melalui radio. 7. Pengumuman penangguhan ini akan disiarkan melalui media massa utama malam ini. Sekian. Harap maklum dan AMBIL TINDAKAN SERTA MERTA. Makluman. Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Science 018 028 038 bagi UPSR 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 (8.15 - 9.30 am) adalah DITANGGUHKAN. Kertas peperiksaan lain berjalan seperti biasa mengikut jadual. Harap maklum.

PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP-2015)

Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP-2015) akan dibuka bermula 1 Okt - 30 Okt 2014. Ibubapa boleh melayari url : www.moe.gov.my. Mohon kerjasama ibubapa yang ingin membuat permohonan agar prihatin terhadap tarikh tersebut. Permohonan ke Sekolah berasrama penuh dibuka mulai 1-30 oktober. Ibubapa penjaga boleh memohon untuk anak-anak secara online. Mulai 2015 SBPI Rawang mendapat status ulul albab. Jika mahukan anak-anak belajar akademik / sains dan hafazan 30 juzuk al quran boleh memohon SBPI Rawang sebagai pilihan pertama. Temuduga akan dijalankan selepas keputusan UPSR keluar. Jika ada anak-anak yang ingin dirancangkan untuk belajar di sekolah berasrama penuh integrasi status ulul albab, pastikan anak sekolah rendah di sekolah kebangsaan dan dalam masa sama belajar di sekolah agama atau KAFA. Permohonan ke Sekolah Kawalan (SMKA/KAA/KRK) di http://public.moe.gov.my/ Tarikh tutup 07 Oktober 2014

Thursday 7 August 2014

PENGESAHAN PENEMPATAN TAHUN 1 / 2015

Kepada semua ibubapa murid tahun 1, Sila ke laman apps.moe.gov.my/esppsel/

Saturday 17 May 2014

Sambutan Hari Guru SK Salak 2014 (playlist)

                             

                              

Pertandingan Bowling (Sempena Hari Guru SK Salak 2014)

Kategori kumpulan Kilauan Emas, Kilauan Perak dan Kilauan Gangsa. Pemenang Kategori Kilauan Emas ialah Puan Siti Zahara Hayat (Pertama), Puan Siti Zarimah Ahmad Shari (Kedua) dan Puan Zalilah Md Nor (Ketiga).

                         

                         

Friday 16 May 2014

Lawatan Mesra Muhibbah oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor ke SKSalak 2014

Lawatan Mesra Muhibbah ke SK Salak oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor Yang Berbahagia Dato' Haji Mahmud Bin Karim pada hari Isnin, 12 Mei 2014. Beliau telah memberi kata-kata semangat dan penghargaan kepada Puan Rohaizatul Anita binti Mohamad Japri iaitu Guru Pool yang akan menjalani pembedahan tidak lama lagi.Terima kasih tuan kerana sudi datang ke sekolah kami


                         

Wednesday 7 May 2014

LAWATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN KE SK SALAK 2014

Pejabat Kesihatan Sepang sedang membuat lawatan pada 7 hingga 9 Mei 2014. Pemeriksaan dan pemberian suntikan imunisasi diberikan kepada murid tahun 1 dan 6. 
Suntikan untuk Tahun 1 
a. BCG (jika tiada parut) 
b. Double antigen (dos tambahan) 
c. Polio (dos tambahan) 
d. Measle (dos tambahan) 9 Mei 2014.

Suntikan untuk Tahun 6 : Suntikan BCG semula (jika tiada parut)

PENUNDAAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 1

Pengumuman:
Peperiksaan Pertengahan Tahun 1 ditunda ke hari ISNIN 12 Mei 2014 kerana berlaku pertindihan tarikh dengan Lawatan Perkhidmatan Kesihatan ke SK Salak. Sebarang Kesulitan pihak kami mohon maaf.



Friday 2 May 2014

Saturday 19 April 2014

KEM BESTARI SOLAT SIRI 4 ( TAHUN 3 )

Kem Bestari Solat siri yang ke 4 di antara semua murid tahun 3. Kerjasama Guru Panitia Pendidikan Islam dan jQaf di Surau SK Salak. Alhamdulillah tahniah.

Thursday 17 April 2014

PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1 DAN TAHAP 2

Pada hari Khamis 17 April 2014 , SK Salak telah menyertai Pertandingan Bercerita Tahap 1 dan Tahap 2 iaitu salah satu Program Koakademik Bahasa Melayu anjuran PPD Sepang bertempat di SK Kota Warisan dari 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Adik Qistina Damia wakil Tahap 1 manakala Alya Najwa wakil Tahap 2. 

Tahniah kepada adik Qistina Damia yang dapat tempat ke 2 (Naib Johan) dalam pertandingan ini.