Wednesday 10 September 2014

PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP-2015)

Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP-2015) akan dibuka bermula 1 Okt - 30 Okt 2014. Ibubapa boleh melayari url : www.moe.gov.my. Mohon kerjasama ibubapa yang ingin membuat permohonan agar prihatin terhadap tarikh tersebut. Permohonan ke Sekolah berasrama penuh dibuka mulai 1-30 oktober. Ibubapa penjaga boleh memohon untuk anak-anak secara online. Mulai 2015 SBPI Rawang mendapat status ulul albab. Jika mahukan anak-anak belajar akademik / sains dan hafazan 30 juzuk al quran boleh memohon SBPI Rawang sebagai pilihan pertama. Temuduga akan dijalankan selepas keputusan UPSR keluar. Jika ada anak-anak yang ingin dirancangkan untuk belajar di sekolah berasrama penuh integrasi status ulul albab, pastikan anak sekolah rendah di sekolah kebangsaan dan dalam masa sama belajar di sekolah agama atau KAFA. Permohonan ke Sekolah Kawalan (SMKA/KAA/KRK) di http://public.moe.gov.my/ Tarikh tutup 07 Oktober 2014