Wednesday 10 September 2014

PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE 018 UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

KENYATAAN AKHBAR LEMBAGA PEPERIKSAAN PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE 018 UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014 Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Science 018 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada tarikh 11 September 2014 jam 8.15 hingga 9.30 pagi telah didapati bocor. Berdasarkan siasatan awal pihak LP, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial. Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang. Sehubungan dengan ini, Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Science 018 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 adalah DITANGGUHKAN. Tarikh baharu bagi peperiksaan Science 018 adalah pada 30 September 2014. Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 10 September 2014 Kenyataan rasmi JPNS: Tuan /puan upp sekalian, Lembaga Peperiksaan telah membuat keputusan bahawa Kertas Sains yang dijadualkan pd 11.9. 2014 (0815-0930) telah DITANGGUHKAN. Tarikh baharu bagi Kertas Sains 018, 028 & 038 adalah pada 30.09.2014. Sila ambil tindakan SEGERA seperti berikut : 1. Maklumkan semua Pusat Peperiksaan 2. Kertas Sains TIDAK PERLU DIEDAR esok pagi kepada Ketua Pengawas 3. SEMUA JOB untuk Kertas SAINS DIHANTAR BALIK ke UPP. 4. kertas Bahasa Inggeris dan Ujian Aptitud BERJALAN SEPERTI DIJADUALKAN. 5. Semua Ketua Pengawas pergi ke pusat seperti biasa untuk memberi penerangan kepada calon yang telah tidak mendapat berita penangguhan Kertas Sains ini. 6. Untuk sekolah-sekolah di pedalaman, sila buat pengumuman melalui radio. 7. Pengumuman penangguhan ini akan disiarkan melalui media massa utama malam ini. Sekian. Harap maklum dan AMBIL TINDAKAN SERTA MERTA. Makluman. Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Science 018 028 038 bagi UPSR 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 (8.15 - 9.30 am) adalah DITANGGUHKAN. Kertas peperiksaan lain berjalan seperti biasa mengikut jadual. Harap maklum.