Sunday 13 November 2016

MAKLUMAN KEHADIRAN MURID KE SEKOLAH UNTUK PENGURUSAN SEKOLAH 2017

Untuk makluman semua ibubapa, harap semua ibu bapa dapat memastikan kehadiran anak-anak tuan puan ke sekolah sepanjang waktu persekolahan14 November sehingga 25 November 2016. Ini kerana masih ada lagi yang perlu diuruskan bersama murid berkenaan terutama perkara2 seperti berikut;

1. Program Fun with English Anjuran KWAP untuk semua Tahun 5.
2. Pembahagian dan penentuan kelas tahun 2017.
3. Jamuan Akhir Tahun untuk Setiap Kelas 2016.
4. Makumat tentang Pembukaan Kedai Buku untuk persediaan 2017.
5. Maklumat tentang Masa Persekolahan 2017.
6. Penerimaan sijil penyertaan dan penghargaan Tahun 6.
7. Maklumat ke Sekolah Menengah untuk tahun 6.
8. Majlis Penyampaian Sijil Tahun 6.
9. Graduasi Tahun 6 dan Pra Sekolah
10. Hari Anugerah Cemerlang 2016.
11. Pengemaskinian Data Murid 2017.

Harap mendapat kerjasama dari semua ibubapa unt memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah.
Kerjasama tuan puan amatlah saya hargai dan terima kasih semua.

Sekolah KITA Milik KITA bersama.

Saturday 1 October 2016

MAKLUMAN HASIL KUTIPAN SUMBANGAN IBUBAPA DALAM PROGRAM SUKAN TAHUNAN SK SALAK 2016.


Alhamdulillah. Saya kagum dan terharu dengan keprihatinan ibubapa membantu dan menyokong setiap aktiviti sekolah apabila diperlukan. Saya akan memastikan sumbangan tersebut digunakan untuk anak-anak tuan-puan terutama untuk makan minum mereka sepanjang kejohanan sukan. Terima kasih semua.
Untuk makluman pihak sekolah membelanjakan sebanyak RM 3850.00 untuk hadiah kejohanan. In Shaa Allah.


Azman Mokhtar
Guru Besar
SK Salak

Thursday 15 September 2016

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2016


     Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak danSingapura bagi membentuk Malaysia.
          Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) danSarawak.
      Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.