Saturday 19 April 2014

KEM BESTARI SOLAT SIRI 4 ( TAHUN 3 )

Kem Bestari Solat siri yang ke 4 di antara semua murid tahun 3. Kerjasama Guru Panitia Pendidikan Islam dan jQaf di Surau SK Salak. Alhamdulillah tahniah.

Thursday 17 April 2014

PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1 DAN TAHAP 2

Pada hari Khamis 17 April 2014 , SK Salak telah menyertai Pertandingan Bercerita Tahap 1 dan Tahap 2 iaitu salah satu Program Koakademik Bahasa Melayu anjuran PPD Sepang bertempat di SK Kota Warisan dari 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Adik Qistina Damia wakil Tahap 1 manakala Alya Najwa wakil Tahap 2. 

Tahniah kepada adik Qistina Damia yang dapat tempat ke 2 (Naib Johan) dalam pertandingan ini.

PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA

SK Salak telah menghantar peserta ke Program Koakademik Bahasa Melayu dalam Pertandingan Pidato Piala Diraja dianjurkan oleh PPD Sepang di SJK(T) Taman Permata, Dengkil pada hari Rabu bertarikh 16 April 2014 dari pukul 8.00 hingga 2.00 petang. Tahniah diucapkan kepada adik Sahaza Shaheeni binti Shaharol yang mendapat tempat Naib Johan dalam pertandingan tersebut.