Walaubagaimanapun, semua ibubapa diharap dapat menyelesaikan pembayaran buku dan sebagainya seperti biasa.
Seperkara lagi, buku peraturan sekolah perlu dibeli untuk setiap murid untuk rujukan mereka dari masa ke semasa. Ini kerana setiap kali perhimpunan penerangan tentang peraturan sekolah mengikut topik dan minggu akan dilancar mulai tahun 2015 bagi meningkatkan disiplin murid di sekolah. Secara tidak langsung sahsiah kendiri murid yang positif juga akan terbentuk.
Sekian jutaan terima kasih di atas kerjasama semua.