Jalan Besar Salak, 43900 Sepang, Selangor. Nombor telefon/faks: 0387061226 Emel: bba9204@moe.edu.my
Wednesday, 30 April 2014
Saturday, 19 April 2014
KEM BESTARI SOLAT SIRI 4 ( TAHUN 3 )
Kem Bestari Solat siri yang ke 4 di antara semua murid tahun 3. Kerjasama Guru Panitia Pendidikan Islam dan jQaf di Surau SK Salak. Alhamdulillah tahniah.
Thursday, 17 April 2014
PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1 DAN TAHAP 2
Pada hari Khamis 17 April 2014 , SK Salak telah menyertai Pertandingan Bercerita Tahap 1 dan Tahap 2 iaitu salah satu Program Koakademik Bahasa Melayu anjuran PPD Sepang bertempat di SK Kota Warisan dari 8.00 pagi hingga 2.00 petang.
Adik Qistina Damia wakil Tahap 1 manakala Alya Najwa wakil Tahap 2.
Tahniah kepada adik Qistina Damia yang dapat tempat ke 2 (Naib Johan) dalam pertandingan ini.
PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA
SK Salak telah menghantar peserta ke Program Koakademik Bahasa Melayu dalam Pertandingan Pidato Piala Diraja dianjurkan oleh PPD Sepang di SJK(T) Taman Permata, Dengkil pada hari Rabu bertarikh 16 April 2014 dari pukul 8.00 hingga 2.00 petang. Tahniah diucapkan kepada adik Sahaza Shaheeni binti Shaharol yang mendapat tempat Naib Johan dalam pertandingan tersebut.
Sunday, 23 March 2014
PROGRAM BENGKEL PEMBANGUNAN SEMARAK TEATER PERINGKAT DAERAH SEPANG.
Pada 18 dan 19 Mac 2014 PPD Sepang telah menganjurkan Program Bengkel Pembangunan Semarak Teater Peringkat Daerah Sepang di SMK Dengkil. Pengurus Peserta Puan Noor A'ini binti Ali telah membawa adik Siti Nurarisya Onn, Nuralya Fazaana Azmina Noramizan, Mira Syafiqah Mohd Shariff dan Muhammad Nazri Aiman untuk pendedahan dalam bidang teater. Program ini bertujuan mencungkil bakat kanak-kanak dalam bidang teater. Pembahagian murid-murid kepada beberapa kumpulan mengikut sekolah rendah dan menengah. 4 kumpulan sekolah rendah dan 4 kumpulan sekolah menengah. Murid dibimbing oleh fasilitator terdiri daripada guru pengiring. Di akhir program setiap kumpulan mementaskan teater mereka. Pemenang diberi sijil penghargaan mengikut tahap iaitu daripada Anugerah Gangsa, Perak, Emas dan Johan Platinum. 4 peserta pelakon lelaki dan wanita terbaik serta pelakon pembantu lelaki dan wanita terbaik dipilih untuk wakil Sepang ke peringkat negeri.
Thursday, 20 March 2014
MAJLIS TILAWAH AL-QURAN
Pada 19 Mac 2014 (Rabu) SK Salak telah menyertai Pertandingan dalam Majlis Tilawah Al Quran di SMK Seri Sepang anjuran PPD Sepang bermula pukul 8.00 pagi. Ahli jawatankuasa terdiri daripada:
A. Jurulatih:
1. Hafazan : Puan Razana Rahim binti Abdul Rahim dan Puan Normah binti Ahmad
2. Tilawah : Encik Mohd Hafizi bin Husin
3. Bercerita Kisah Al Quran : Puan Siti Zahara binti Hayat dan Puan Rozana binti Aziz
B. Pengurus Peserta : Puan Siti Noraisah binti Sanusi
Tahinah diucapkan kepada Pasukan MTQ yang telah mendapat tempat dalam
Bercerita Kisah Al Quran kategori Perempuan
P - Nik Nur Aiman Afiqah binti Rosman JOHAN
L - Abdul Qayyum binti Abd. Latif NAIB JOHAN
Tilawah
L - Muhammad Ikram binti Mazlan
P - Siti Nurfatehah binti Awaluddin
Hafazan
P- Nur Aina Farzana binti Mohamad Fuad
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR : BAHASA MELAYU
Pada 8 Mac 2014, Sabtu telah diadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan BM untuk murid yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR tahun 2014. Bengkel ini anjuran Panitia BM di bawah Unit Kurikulum. Ahli jawatankuasa terdiri daripada semua guru BM SKSalak. Penceramah yang dijemput untuk memberi taklimat dan tunjukajar adalah Encik Mohamad Asri bin Ayob dari daerah Klang. Bengkel bermula dari pukul 8.00 hingga 10.00 pagi ini bertujuan untuk memberi pendedahan teknik menjawab soalan BM UPSR yang tepat.
Subscribe to:
Posts (Atom)


