Sunday 23 March 2014

PROGRAM BENGKEL PEMBANGUNAN SEMARAK TEATER PERINGKAT DAERAH SEPANG.


Pada 18 dan 19 Mac 2014 PPD Sepang telah menganjurkan Program Bengkel Pembangunan Semarak Teater Peringkat Daerah Sepang di SMK Dengkil. Pengurus Peserta Puan Noor A'ini binti Ali telah membawa adik Siti Nurarisya Onn, Nuralya Fazaana Azmina Noramizan, Mira Syafiqah Mohd Shariff dan Muhammad Nazri Aiman untuk pendedahan dalam bidang teater. Program ini bertujuan mencungkil bakat kanak-kanak dalam bidang teater. Pembahagian murid-murid kepada beberapa kumpulan mengikut sekolah rendah dan menengah. 4 kumpulan sekolah rendah dan 4 kumpulan sekolah menengah. Murid dibimbing oleh fasilitator terdiri daripada guru pengiring. Di akhir program setiap kumpulan mementaskan teater mereka. Pemenang diberi sijil penghargaan mengikut tahap iaitu daripada Anugerah Gangsa, Perak, Emas dan Johan Platinum. 4 peserta pelakon lelaki dan wanita terbaik serta pelakon pembantu lelaki dan wanita terbaik dipilih untuk wakil Sepang ke peringkat negeri.