Sunday, 23 February 2014

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM GILAP SAHSIAH


Perasmian Program Gilap Sahsiah diadakan pada 17 Februari 2014, bertujuan untuk meningkatkan akhlak, disiplin dan pembentukan sahsiah setiap murid ke arah yang lebih baik dan positif kepada murid sendiri, rakan dan sekolah. Pertandingan di antara kelas tahun 4, 5 dan 6. Setiap murid dinilai dari segi kehadiran ke sekolah, pemakaian, mengikut peraturan, memberi salam pada guru dan staf, jaga kebersihan kelas, rajin membantu guru, keprihatinan tentang barang yang dijumpai di mana-mana kawasan sekolah dan sebagainya.




Friday, 24 January 2014

PROGRAM PAGI JUMAAT: BACAAN YASIN



Program ini dilaksanakan di atas kerjasama diantara oleh Panitia Pendidikan Agama Islam dan Unit HEM SKSalak pada setiap pagi Jumaat 7.10 hingga 7.40 pagi. Program ini salah satu pelan taktikal bagi meningkatkan disiplin dan kehadiran murid ke sekolah. Selain itu, ia bertujuan meningkatkan kerohanian diri setiap murid. Insya Allah.



Thursday, 23 January 2014

CATUR MSSD SEPANG 2014

Pada 21 hingga 23 Januari 2014, SK Salak telah mendapat tempat ke 4 kategori berpasukan perempuan bawah 12 tahun dalam pertadingan Catur MSSD Daerah Sepang di SMK Dato Abu Bakar Baginda.




Monday, 20 January 2014

Program Keibubapaan UKM

Dijemput semua ibubapa murid SK Salak untuk hadir menyertai program pembangunan keibubapaan bagi memperkukuhkan lagi peranan sebagai ibubapa di zaman era teknologi kini.

Unit Beruniform: Pandu Puteri Tunas

Unit Beruniform: Pengakap

Unit Beruniform: Puteri Islam