Wednesday, 9 October 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Hari Raya AidilAdha akan disambut pada 15 Oktober 2013 (Selasa). Oleh itu, Warga SK Salak ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Untuk makluman, bersempena dengan hari raya ini sekolah akan mula bercuti pada 12  - 15 Oktober 2013. Sekolah akan dibuka semula pada 16 Oktober 2013 (Rabu).

Selamat Hari Lahir

Warga Sekolah Kebangsaan Salak mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Pn. Siti Zahara bt. Hayat (Pengerusi KKGK) dan En. Mohd Adha b. Abd Wahab (Naib Pengerusi KKGK) yang menyambut hari lahir pada tarikh yang sama iaitu 8 Oktober. Semoga dikurniakan umur yang panjang, dilapangkan pintu rezeki dan dipermudahkan semua urusan. SELAMAT HARI LAHIR.

Tahniah Pasukan Bola Tampar KATMO

Pada 26 September 2013, Sekolah Kebangsaan Salak telah menghantar pasukan bola tampar bawah 10 tahun ke Kejohanan Bola Tampar Tunas Mini Olimpik (KATMO). Kejohanan ini telah berlangsung di SJK (C) Dengkil. Alhamdulillah..walaupun baru pertama kali menyertai pertandingan, kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan sekolah ini telah mendapat tempat ketiga dalam kejohanan tersebut. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan!



Wednesday, 2 October 2013

Sukan Tahunan SK Salak ke 37, 28 September 2013.

Juara disandang oleh rumah Hijau 3 tahun berturut-turut. Manakala tahun ini naib juara rumah Kuning. Tahniah pada warga SK Salak yang menjayakan Sukan Tahunan Kali ke 37 ini.