Untuk makluman semua ibubapa, harap semua ibu bapa dapat
memastikan kehadiran anak-anak tuan puan ke sekolah sepanjang waktu
persekolahan14 November sehingga 25 November 2016. Ini kerana masih ada lagi
yang perlu diuruskan bersama murid berkenaan terutama perkara2 seperti berikut;
1. Program Fun with English Anjuran KWAP untuk semua Tahun
5.
2. Pembahagian dan penentuan kelas tahun 2017.
3. Jamuan Akhir Tahun untuk Setiap Kelas 2016.
4. Makumat tentang Pembukaan Kedai Buku untuk persediaan
2017.
5. Maklumat tentang Masa Persekolahan 2017.
6. Penerimaan sijil penyertaan dan penghargaan Tahun 6.
7. Maklumat ke Sekolah Menengah untuk tahun 6.
8. Majlis Penyampaian Sijil Tahun 6.
9. Graduasi Tahun 6 dan Pra Sekolah
10. Hari Anugerah Cemerlang 2016.
11. Pengemaskinian Data Murid 2017.
Harap mendapat kerjasama dari semua ibubapa unt memastikan
kehadiran anak-anak ke sekolah.
Kerjasama tuan puan amatlah saya hargai dan terima kasih
semua.
Sekolah KITA Milik KITA bersama.